♕Lensa KehidupanMu♕

Monday, October 24, 2016

BAHANA MEROKOK, ADMIN TERJEBAK

Alhamdulillah semester 3, already done, but today admin nak share pasal I'M STARTED SMOKING . Jangan ikut langkahku, sememangnya permulaan awal merokok adalah satu benda yang tak bagus sebenarnya. Dan langkah untuk berhenti pun amat lah susah. Jujurlah, still now im smoking. walaupun admin dah janji dgn my mum tak merokok. But, im trying my best, slowly. Admin bukannya merokok dari primary or secondary school. But, baru tahun ini admin merokok. Cultureshock, admin tak rasa macam tu, sebab admin rasa faktor lebih terperinci adalah STRESS. Admin choose STRESS as my factor, im starting smoking. Apa lah sangat stress jadi seorang pelajarkan? 
Bila bertukar perenggan ini, lagi lah issue nak dibincangkan lagi specific lah kan. Sejujurnya, admin agak kecewa dengan GPA lah, Disebabkan tak achieve pointer, maka biasiswa pun tertangguhlah. Hati pun hampa, apatah lagi kedua ibu bapa kita kan. Boleh bayangkan sendiri lah, amat menyedihkan. Dengan hasrat tak nak menyusahkan my parents, admin ambk solusi sendiri untuk berkerja di cafe, PESTO PIZZA berdekatan dengan kampus. Almaklum, admin pun menetap di rumah sewa, satu lagi costing yang perlu ambil tahu. Sudah jatuh ditempa tangga, macam tu lah nasib. Berkerjalah admin sambil belajar. (8.00pagi hingga 4.00petang), class. (3.00petang - 11malam), waktu berkerja. Diberikan kesempatan datang lambat sedikit tapi gaji pn kena potong juga lah brother, kerja ikut jam kan.
Stress belajar lain, stress tempat kerja lain pula, ikutkan hati memang tak kuat. Tapi, niat hati tak mahu susahkan mak abah, kena kuatlah. Waktu itu call mak boleh dikatakan hari-hari tak pernah missed pun, Of cos lah, nak share cerita sedih admin kt mak. bila dengar bebelan dia, nasihat dia pnjang2 jela itu penawar buat diri. Stress belajar, bila admin tak attent class, biasa lah penat, overslept, and so on. Nak catch up balik smua chapter, balik kerja pukul 11. study tup tap tup tap 2pagi,3pagi. Pagi ad test,quiz. memang lebam biji mata. 
Start dr itu, admin merokok. Mungkin dikelilingi orang yg merokok, colleagues, classmate, housemate. So, lagi kuat lah naluri ini, dahulu admin biasa dengan shisha, vaping. Lebih mudahlah untuk ketagih. Bahananya sekarang susah nak berhenti. Dulu bekerja, rokok tu mampu la beli, tpi sekarang memang susah lah jawabnya. Di saat itu, rasa lah susahnya.
Apa pun stress kita, cuba lah ambil cara lain untuk selesaikan. Back to basic, meet Allah. Sebab itu ja ketenangan yang mampu kita miliki, ibu bapa juga penawar hati. Ya, sekarang korang tak rasalah penawarnya. bila merantau nanti perkara korang akan rindu bebelan, masakan, rumah. Admin penat dah merantau. Moral of story, ada masalah focus pada solution, bukan pada masalah. Ambil tindakan yang lebih efektif, fikir lebih matang, kehadapan. jumpa lagi semester akan datang.
- FAMILY GOAL-

Wednesday, October 19, 2016

FRIENDSHIP GOAL

FRIENDSHIP GOAL
Hi guys, rindu admin tak? Hari ini baru tergerak hati nak update story pada tahun ini 2016. First of all, sekarang admin nak update pasal friendship goal. Alhamdulillah, admin dikurniakan sahabat yang memahami, bertolak ansur, dan menyayangi. Sekarang admin dah semester 3, Business Study dekat UiTM Kedah. So, perjalanan kehidupan belajar amat memerikkan, melainkan korang tu anak dato, tan sri, and so on. Memang tak rasa susahlah belajar kan. 
Semester ini, admin agak struggle sikit nak meneruskan pengajian. Almaklumlah, student tak cerdik mcam admin ni. Tak selalu achieve pointer. maka, berkerjalah aku sambil belajar. Apa kena mengena dengan friendship goal. Alhamdulillah, dlm kesusahan menghadapi liku kehidupan, sahabat  juga faktor penting untuk lebih bersemangat. Bila selalu sedih, tak kuat hadapi dugaan, ibu bapa adalah penawar dengan bebel dia, nasihat dia yang menjela-jela, dan so on.
Dugaan berkerja lain, dugaan belajar lain. Tambahan pula, sekarang dah kena sewa rumah. Costing pun lagi tinggilah. Dugaan mematangkan pemikiran, menabahkan hati, lebih banyak bersabar, dan fokus pada penyelesaian masalah. Ya, semua orang boleh beri pendapat, tak semua mampu hadapi.Tapi percayalah walaupun keadaan berbeza, tapi solusi penyelesaian adalah sama. Okey lah itu sahaja nak share pada pembaca setia blogger admin, harap sedikit sebanyak ilmu dapat dikongsi, serta diguna pakai. Klau mahu TRICK hadapi masalah pasal belajar, kerja boleh kontak admin. 1001 alasan boleh diguna pakai. Dont forget to visit my instgram https://www.instagram.com/adilrezli/ . Antara moments pada tahun ini.


- HOUSEMATE -


- FRIENDS -

Tuesday, August 4, 2015

MAK DAN MAMA

Kembali aku ke dunia luahan perasaan. Sebelum nak buka story panjang lebar, Aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA. Lamanya tak buka blogger seen post Ogos tahun lepas. Sekarang dah Ogos 2015. Kini usia pn dh hmpir 19 tahun. Tuanya bila msuk campus batch 97. Walaupun usia jrak setahun tapi ianya terasa tua sangat. Sebab batch 96 dah sem3 or sem2 kot. Tpi tak apa rezeki masing2 ye dok. Alhamdulillah selesai di UiTM Arau,Perlis kini aku ditempatkan di UiTM Merbok, Kedah pula.Hampir 2bulan study disini. Dan di sni juga aku ditemukan dgn keluarga angkt yg aku tmpang kasih syg nya. Pekenalan bermula dengan dia anak sulungnya sehinggalah ke ibunya. Mama seorang ibu yg tabah, kuat dan baik hati. Semasa berada dgn nya aku terasa kasih sayang seorang ibu. Dan kerap jgk aku call Mak dikampung. Mak gembira, mak mna tak nak tngok anaknya gembira. Mama, seorang peserta Kilauan Emas session 3. Tp bkn itu isu yang nak dibentangkan, namun ketabahan beliau hdpi kehidupan setelah bergelar artis. Kesian kan klau kita berbuat baik dengan orang nmun orang balas blik dgn penipuan. Semoga segala urusan mama berjalan dengan lancar. Dan Allah berpihak kepada mama. Konsep mama jika kita banyak memberi, maka banyak juga lah Allah memberi. Terima kasih mama sebab sanggup jdi mama adil di bumi Kedah. Jasa mama adil tak pernah lupakan. Buat Mak, arif rindu sgt kt mak. Trima kasih sebab lahirkan arif, bsarkan arif, 17/8 nih birthday arif. Anak mak nih dh tua. Ahaha sekianlah ceritaku. I really love my Mak and Mama


-MAK-
 (NOORMADIAH AMIR)


-MAMA-
(JASRINA JAAFAR)

Saturday, August 30, 2014

HARI KEMERDEKAAN

 
Hai apa yang anda lakukan untuk sambut Hari Kemerdekaan. 
Sejujurnya aku faham dengan semangat anda semua untuk 
menyambut Hari Kemerdekaan tersebut. 
Tetapi, aku paling benci akan sambutan yang pihak atasan buat.
 Apa tujuan KONSERT ? 
tukarkannya kepada Ceramah Hari Kemerdekaan. 
Tukarkannya kepada Doa Selamat buktinya bersyukur atas nikmat kemerdekaan. 
Tolong lah sedar pihak atasan jangan habiskan duit dan masa untuk menanti malam ni dengan pergaulan bebas dan melalak dengan benda yang mereka fikir itu erti MERDEKA. 
Apa salahnya kalau kita buat rumah terbuka atau kenduri doa selamat untuk semua lapisan generasi tanpa mengenal erti bangsa dan kaum. 
Ya, aku tak hiraukan jika anda mahukan laungkan lagu semangat untuk mengenangkan 
perjuang yang terkorban dan detik manis pahit 
pejuang serta pemimpin untuk kecapi 
KEMERDEKAAN. 
Aku suka tema KEMERDEKAAN tahun ni  
" Di Sini Lahir Sebuah Cinta" 
Dari cinta pejuang akan negaranya membuatkan kita MERDEKA. 
Begitu juga dari pemimpin kita yang berusaha kecapi KEMERDEKAAN tersebut, 
Maka dengan ini, aku bangga menjadi anak MALAYSIA. 
Bersyukur kerana dilahirkan dari kecil dengan kebebasan di Malaysia. 
Dan dengan coretan ini saya mohon agar pihak atasan kemukakan idea saya untuk KEMERDEKAAN yang ke-58. 
Serta saya harap rakyat MALAYSIA sedar atas berkat 
KEMERDEKAAN kita harus bangkit dan maju di aras pemodenan negara. 
Dan aku mahukan MALAYSIA akan menjadi 
NEGARA BEBAS DARI KEMISKINAN. 
Aku mahukan NEGARA berdiri diatas kaki rakyat yang berkualiti.
Dan kepada pemimpin asas utama adalah KEJUJURAN dan SIMPATI kepada negara. 
Ingat tanggungjawab itu dituntut diakhirat kelak. 
Tanggunglah :) 
saya kemukakan ini atas buah fikiran saya. 
SELAMAT HARI MERDEKA :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...