♕Lensa KehidupanMu♕

Thursday, December 5, 2013

[ SPM be done..freedom ]


Hai dah dua hari tinggalkan kawan + cikgu + sekolah.. walaupun kawan yang official tak ramai manapun.. tapi aku rindu + bosan + buntu. Rindu kali ini macam lain je macam nak ditinggalkan dalam jangka masa yang lama. Banyak kenangan manis yang tak dapat digambarkan pada masa jejak kaki di darjah 1 Ikhlas. Lepas itu, masuk plak tingkatan 1 Ibnu Sina dan masuk tingkatan 4 Delima ambil aliran Prinsip Perakaunan yang amat digemari.. Banyak juga kenangan pahit yang mengajar erti kehidupan, persahabatan, dan pelbagai gaya hidup di felda, pekan, dan bandar.. Aku rasa bersyukur sangat pada Allah atas segala nikmat yang diberi oleh-Nya.. Official Freind, Kawan, Hates,beloved teacher and unbeloved teacher.. Syukur sangat2 ..
Bosan asyik duduk kat rumah je..Nak pergi holiday atau bekerja selain bekerja dengan TUTT..yang lagi bosan aku kne join khursus koperasi.. So, tak dapat join majlis kelas.. selamat dapat spend time pergi jalan-jalan kat gemas.. So, aku rasa nak kerja kat pasar raya TF Value Mart untuk  3bulan..sebenarnya aku tak bersedia lah kerja tanpa kawan yang dikenali.. 
Buntu bila difikirkan masalah yang lalu, fikir nak ambil lesen, kerja dan sebagainya..GGRRR..Ya Allah perbaguslah resultkan agar aku dapat terus menerus tuntut ilmu hingga ke syurga..Banyak nya hutang keliling pinggang pening..tutp story



 [with my unofficial freind]


[with my beloved teacher Cikgu K, Cikgu Sue, Cikgu Ayu, Ustzah Intan, Cikgu Faizah]
 

Sunday, September 22, 2013

[MusibahMendidikKesabaran]


Kadang-kadang kita terasa tertanya-tanya kenapalah Allah menguji kita dengan situasi tersebut sedangkan kita rasa tak mampu mengatasinya..Ya, Allah Maha Bijaksana dalam mengatur percaturan kehidupan kita..Musibah atau dugaan yang diberikan sebenarnya mendidik kita agar lebih bersifat sabar, ekal, dan matang..Tiada manusia yang hidup tanpa dugaan atau cabaran..dan tiada dugaan yang tiada penyelesaian..Cuma dengan menggunakan kunci keSABARan, semuanya boleh terbuka..Dugaan bukan berbentuk kesusahan namun dalam kesenangan juga terselit ujian..maka cekal adalah jawapnya..Percayalah Allah tidak sia-siakan keSABARan dan keCEKALan oyang yang beriman dalam mengatasi musibah..Kita juga harus bangkit dari keSAKITan..Setelah sabar,cekal, dan bangkit dari musibah maka, Al-quran seteusnya..Haa..hairankan?? Al-Quran kan adalah ubat yang paling mujarab untuk segala kesakitan .Insha Allah ia akan dapat merasai kenikmatan ketenangan yang sukar untuk digambarkan..

TUHAN SEDANG MENGUJI KITA * 100% BUATAN TEMPATAN
USTAZ KAZIM ELIAS


MERENUNG UNTUK MUHASABAH DIRI..

Wednesday, September 11, 2013

[SeribuKebaikkanDapatDilupakanDenganSatuKesalahan]


Satu kesalahan atau keburukkan diri kita mampu menghapuskan segala nilai murni dalam diri. Apa yang dilakukan teruskan kebaikkan walaupun dilupakan atau teruskan kesalahan?? Kebingungan sering melanda ..Hinakah?? Jijikkah?? atau memang tidak boleh dipercayakan lagi??.. Lumrah dunia kita sering melakukan kesalahan besar atau kecil..sengaja atau pun tidak..Walaupun kita cuba berubah ke arah kebaikkan namun tidak bermakna bag mereka. Sabarlah dan lakukan ia dengan sebaik mungkin. orang melakukan kesalahan adalah insan yang hadapi suatu cabaran namun gagal..Namun, Allah tetap bagi kesempatan untuk mereka berubah dan hadapi cabaran baru iaitu "kata2 dengki' dari sekeliling kita..so jangan risaulah sesiapa yang nak menjatuhkan kita..selagi kita bertaubat dengan istiqamah Allah akan protect kita dari segala anasir-anasir yang jahat..Make sure Allah is number one..
>RingkasTapiPadat<>ItuYangPenting<



[Senyum tak bermakna kita gembira..Muram tak bermakna kita sedih]

Saturday, March 9, 2013

Pantun Competiton


Dah lama tak update kn..korang pon tak nak baca tapi takpelah..janji aku happy bila nk update hahhaha.. # sedih..
Hari nie nak publish teks pantun aku time PESTA PANTUN at SMK GEMAS.. aku jd orang kelima..#pon boleh pemantun kelima..Oke mestinya korang tak tahu apa kerja pemantun kelima kan ..mehh2 psang telinga   kalau ada suara..psang mata kalau ada teksnya..Tugas pemantun kelima adalah untuk memperkenalkan ahli pemantunnya.. iaitu pemantun 1,2,3,4..dan teksnya adalah

Teluk cempedak tanjung bidara,
Tempat orang bermandi- manda,
Assalamualaikum pembuka bicara,
Untuk hadirin hadirat semua.

Mukanya manis tidak terperi,
Bila tersenyum hati tertambat,
Arief Rezli nama diberi.
Mulut berbisa amatlah sangat.

Gadis perawan jangan tertawan,
Orangnya ayu bukan calang2,
Siti Umirah nama gelaran,
Mengorak langkah penuh gemilang.

Lagaknya megah ditengah persada,
lembut suara penuh santunan,
Dalili Damia pemantun kedua,
Tidak gentar dalam perjuangan.

Anak teruna bersila dilantai,
Menanti saat penuh debaran,
Shahren Mustaffar si tinggi lampai,
Sntiase bersedia hadapi cabaran.

Gadis idaman Suhaida Supaat,
Wajah berseri menambat hati,
Dialah gadis pemantun keempat,
Penyeri dalam kumpulan kami.

Selesai sudah pengenalan diri,
Semua pemantun sudah dikenalkan,
mengapa harus ditunggu lagi,
gelanggang dibuka ayuh gegarkn.


( Disampaikan dengan lagu dikir puteri )

Hmm..dah tahu dah nak tanya apa..menang ke kalah..mestilah MENANG..MENANGung kekalahan..separuh akhir kalah fight dgn TBS ( Tun Besar School ).. dua soalan tak dapat jawab..kesalahanya dari Cik.Mizt Mieya..sokeylah Dalili..sje nk mention.huhu sorry


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...