♕Lensa KehidupanMu♕

Saturday, August 30, 2014

HARI KEMERDEKAAN

 
Hai apa yang anda lakukan untuk sambut Hari Kemerdekaan. 
Sejujurnya aku faham dengan semangat anda semua untuk 
menyambut Hari Kemerdekaan tersebut. 
Tetapi, aku paling benci akan sambutan yang pihak atasan buat.
 Apa tujuan KONSERT ? 
tukarkannya kepada Ceramah Hari Kemerdekaan. 
Tukarkannya kepada Doa Selamat buktinya bersyukur atas nikmat kemerdekaan. 
Tolong lah sedar pihak atasan jangan habiskan duit dan masa untuk menanti malam ni dengan pergaulan bebas dan melalak dengan benda yang mereka fikir itu erti MERDEKA. 
Apa salahnya kalau kita buat rumah terbuka atau kenduri doa selamat untuk semua lapisan generasi tanpa mengenal erti bangsa dan kaum. 
Ya, aku tak hiraukan jika anda mahukan laungkan lagu semangat untuk mengenangkan 
perjuang yang terkorban dan detik manis pahit 
pejuang serta pemimpin untuk kecapi 
KEMERDEKAAN. 
Aku suka tema KEMERDEKAAN tahun ni  
" Di Sini Lahir Sebuah Cinta" 
Dari cinta pejuang akan negaranya membuatkan kita MERDEKA. 
Begitu juga dari pemimpin kita yang berusaha kecapi KEMERDEKAAN tersebut, 
Maka dengan ini, aku bangga menjadi anak MALAYSIA. 
Bersyukur kerana dilahirkan dari kecil dengan kebebasan di Malaysia. 
Dan dengan coretan ini saya mohon agar pihak atasan kemukakan idea saya untuk KEMERDEKAAN yang ke-58. 
Serta saya harap rakyat MALAYSIA sedar atas berkat 
KEMERDEKAAN kita harus bangkit dan maju di aras pemodenan negara. 
Dan aku mahukan MALAYSIA akan menjadi 
NEGARA BEBAS DARI KEMISKINAN. 
Aku mahukan NEGARA berdiri diatas kaki rakyat yang berkualiti.
Dan kepada pemimpin asas utama adalah KEJUJURAN dan SIMPATI kepada negara. 
Ingat tanggungjawab itu dituntut diakhirat kelak. 
Tanggunglah :) 
saya kemukakan ini atas buah fikiran saya. 
SELAMAT HARI MERDEKA :)

2 comments:

  1. Huhu.. Sabar je la.. Nk buat cmna, mmg dari dlu lgi.. Diorg lebih sukakan hiburan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...